Monday, October 12, 2009

Bekerja Di Rumah??? Kelebihannya?



Sekarang heboh jugak orang berbicara bekerja di rumah. Untung, lumayan. Banyak manfaatnya. Itulah saya telah tonton di rancangan 'Apa kata Wanita' Zamzarina. Banyak juga manfaat yang saya dapat melalui rancangan tersebut. Sambil minum teh dan duduk dimana-mana ruang didalam rumah yang anda sangat berasa selesa.

Tapi bagi pekerja seperti saya mungkin amat letih duduk di kerusi ofis sambil menghadap PC yang kadang-kadang menimbulkan rasa bosan. Sesetengah mereka untuk menjengah internt belum tentu sempatnya kerana sibuk dengan seharian kerja diofis. Bagi mereka yang mempunyai peluang tidak mustahil untuk melayari internet.Bagi mereka yang penuh komitmen dengan kerja.... Stress! Stress... bagi yang mereka kadang-kadang banyak kerja, atau kadang-kadang tiada kerja pastikan anda melayari internet dengan perkara-perkara yang berfaedah.


Pernahkah anda terfikir ??? 'Hmmm... kalau aku bekerja sendiri, kalaulah aku punya modal nak mula berniaga, dapatlah aku menjual itu dan menjual ini....kalau aku dapat buat yang aku suka.....' Itu KALAULAH menjadi. Tapi bagi saya tidak mustahillah bagi zaman sekarang. Wanita kini semakin bijak mencari wang sendiri. Kalau ada lebih bolehlah anda merasa lebih.Tapi tidak salah sambil bekerja sambil mencari duit tambahan. Sekarang main kutu online pun ada. Kutu barangan. Jual menjual di internet ibarat bak cendawan tumbuh.

Yang fleksibel nye anda punya masa sendiri membuat itu dan ini. Mulakan dengan hanya modal yang rendah dan tidak merugikan. Tapi saya respek pada ibu-ibu, kaum wanita diluar sana sudah pandai mencari peluang untuk berniaga di internet. Berbisnes di internet. Menggunakan anugerah yang telah diberi tidak salah. Dimana ada kemahuan disitu ada jalannya.

Kawan saya pernah bertanya " Annie, ko ni sibuk dengan menghadap internet apa yang ko buat? " Jawapan saya sudah tentu "Internet ni ibarat nyawa aku, kalau tidak ada sehari hhmmm... tak hidup aku". Bukan apa saya sibuk membaca blog-blog yang saya amat minat untuk mengikuti dan blog-blog kecil yang suka menjual barang. Tidak kira dari berkongsi idea dari dapur hingga ke depan gumah sehinggalah membabitkan hal jual menjual nih!.

Pengalaman membaca dari IM itu sendiri telah banyak memberi peluang untuk menjana pendapatan walaupun bukan dengan barangan sendiri. Dari situ kita dapat untuk mengumpul modal kita untuk menjual. Jadikan sumber affiliates sebagai sumber modal untuk menjana pendapatan kita. Mulakan mempromosi barangan orang dan commission itu dijadikan modal. Lagi banyak promote lagi banyak hasilnya!

Salah satu cara bekerja dari rumah ke tuh??????

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails