Tuesday, November 24, 2009

Nur Kasih Top Ranking!

Siapa yang tidak pernah menonton drama Nur Kasih. Diantara drama yang meraih top ranking di TV3 setiap hari Jumaat. Bermula episod 1 sehinggalah sekarang saya masih setia menonton jalan cerita yang sungguh Islamic. Boleh dikatakan saya bukan penonton setia tv. Saya selalu memilih cerita untuk ditonton.

Cerita komedi adalah saya satu rancangan fav saya. Tapi cerita ini lebih menarik minat sehinggakan saya perlu memastikan setiap hari jumaat saya perlu selesai makan sebelum pukul 9. Betapa menarik drama ini bukan? Tidaklah terlalu emosional atau seangkatan dengannya.

Bagi saya jalan cerita yang penuh islamic dan perbezaan diantaranya menjalani kehidupan susah dan senang. Perbezaan cara mendidik anak-anak pada masa dahulu dan sekarang. Memang benar apa yang dipaparkan pada zaman dahulu bapa sungguh tegas manakala ibu mendidik dengan cara lembut. Kalau dahulu kala rotan adalah benda yang paling ditakuti kerana pada zaman dahulu ibu bapa lebih gemar menggunakannya.

Kalau dahulu sopan dan santun kita masih lagi ada... tetapi zaman kian berubah. Pernah juga terfikir apa yang akan jadi pada masa akan datang jika kita salah mendidik anak.

Kini saya masih menunggu kesudahan ceritanya minggu ini dan saya amat sukakan suasana dan keindahan kampung. Sifat Nur Amina yang lembut dan kasihnya kejalan Allah dan kehidupannya serta Kasihnya pada suaminya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails