Wednesday, November 18, 2009

Pengetahuan Wanita Mengenai Kanser Payudara


Kanser payudara adalah pembunuh no. 1 kepada wanita. Ini terjadi apabila setiap individu tidak mengambil berat mengenai ujian awal atau saringan mengenai kanser payudara.

Riben pink ini boleh menyedarkan wanita betapa bahaya kanser payudara itu sendiri. Terjadi pada pengalaman saya sendiri dimana ibu saya adalah salah seorang pesakit kanser payudara.

Dan saya amat bersyukur kerana ujian atau saringan awal dimana ibu saya dapat merasai kelainan seperti biji (ketulan) hampir besar sebiji telur berada di sebelah kanan payudaranya. Dia sering menyatakan kepada anak-anaknya bahawa ketulan itu tidak mendatangkan kesakitan tetapi mendatangkan kerisauan pada dirinya.

Kami sekeluarga telah memberi semangat kepadanya untuk menjalankan pemeriksaan di Hospital Universiti dimana terdapat banyak pakar disana. Ketika itu kanser payudara tidaklah kritikal tetapi kanser itu telah menyerang ibu saya.

Setelah pelbagai pemeriksaan dibuat dan ia telah dipastikan adalah kanser payudara dan pihak hospital telah menasihatkan supaya payudara ibu saya dibuang bagi mengelakkan ia menjadi lebih teruk kerana ia adalah diperingkat awal.

Allah itu Maha Kaya kerana ibu saya masih disini dan sihat setelah menjalani pelbagai rawatan. Pada ketika itu saya melihat kecekalan hati seorang ibu melawan penyakit kansernya itu dengan menjalani rawatan kemoterapi. Hari demi hari ibu saya mengalami keguguran rambut sehingga tidak sehelai pun yang tidak di kepalanya.

Dengan nekadnya dan cekalnya ibu saya dengan ini dapat dikatakan sekiranya rawatan awal dibuat dan dikesan kesembuhan sesuatu penyakit sudah pasti ada ubatnya. Saya amat bersyukur kini ibu saya dapat menjalani kehidupan seperti biasa walaupun telah menjalani pembedahan pada 9 tahun lepas.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails