Monday, November 23, 2009

Obesiti... Bagaimana Atasi!

Sambil mengunyah sambil menaip, sambil menaip lagi mengunyah. Nape tak bleh berhenti ek! Obesiti dah ni. Bagaimana hendak atasi? Mak selalu bilang, bila sudah bersalin. Pantang kasi ikut. Jangan main dok suka hentam makan tak tentu arah. Boley ke Kak Jah? Bagi orang yang kuat displinnya sudah tentu sudah boleh. Bagi macam saya ni 1 minggunye diet ..... minggu depan 1 minggu nye top up makan. Apa cite?

Pernahkah terfikir badan kita boleh jadi macam ni? Ambik ko. Omak dah cakap. Kalau size macam ni lawan la mamak dekat kedai mamak yang ngko tuh suka makan. Tidak mustahil kita boleh jadi macam ni. Kalau setakat exercise 1 kali seminggu makan berpinggan lepas balik jogging.. tak de maknenye.

Saya mengalami berat badan yang tidak ideal buat setakat ni. Kalau diikutkan jadual tumbesaran dan 'calculation' dari klinik bagi orang yang setinggi saya 162cm ni berat badan 60 kg je. Tapi saya anggap saya diantara jaguh bina badan yang ditahap obesiti kini bila ditimbang kira-kira 70 kg. Masalahnya saya bukanlah orang yang berdisplin dari segi untuk menjaga makan.

So mari kita cuba untuk berdiet seperti ini :

1) Minum air ditahap yang mencukupi
2) Lebihkan makan buah-buah dan sayur sayuran.
3) Kurangkan makan nasi.
4) Pastikan kita mengambil makanan pada waktu pagi dan pada tengahari kita tidak perlulah menjamu selera. Cukuplah sekadar ala kadar.

Tips yang saya dapatkan dari doktor adalah :

Apabila ingin memulakan makan pastikan anda mengambil makanan seperti memakan buah-buah dan sayuran. Kerana otak memerlukan 20 minit untuk membaca waktu kenyang. Itulah kata doktor. Consider makan untuk warm up lar ni.

Bukan sukan sahaja perlu warm up. Displin kan diri. Itu yang penting. So sekarang saya sudah mula untuk mencubanya dengan tidak mengambil makan tengahari dan makan malam hanya sekadar menjamah. Bukan melantak.

Hasilnya : whoopsss!!!!! gurau je.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails